Khamis, 10 Januari 2013

cek mek molek..aku luv it..!!!

Klau sebut je kuih 'cek mek molek' msti smua orang tau, tu kuih tradisional kelate / sohor di kelate..hehehe..nk buat kuih ni senang je...kos pun x bnyk..tak pandai pun blh buat..yg penting rajin..huhuhu..mcm adik lelaki aku  Fir Dauszs pun pndai..

Ma aku pun buat kuih cek mek ni untuk dijual di kedai kopi...so, tiap2 mlm akula yg jd tukang 'tumbuk' ubi ni..sbgai ank penjual cek mek yg tersohor di kg kasar ni...aku nk kongsi la cara-cara nk buat kuih ni..hehehe

How to making Cek Mek...
Cara-cara membuat Cek Mek../
Lagu mano nok buat Cek Mek...




Bahan-bahan :

5 ketul ubi keledek (ubi stelo)
1/2 cawan tepung gandum / secukup rasa
Gula (inti)
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara :




1. kupas kulit ubi keledek, kemudian basuh.
2. rebus ubi tadi hingga empuk.
3. kemudian lenyekkan / tumbuk ubi tadi sampai hancur.
4. campurkan gandum & uli / gaul hingga sebati. tambah jika perlu.
5. bentukkan bulat2 / bebola.


6. leperkan bebola tadi & letakkan 1 sudu @ 1/2 sudu teh gula di tengah2..
7. bentukkan menjadi bujur.
8. panaskan minyak & goreng.
9. setelah keperangan, blh diangkat & di hidangkan.

**Tips Cek Mek yang sedap...
- semasa merebus ubi, masukkan daun pandan ~ aroma wangi daun pandan
- jgn guna tepung terlalu banyak, kena pastikan ubi tidak terlalu empuk / jgn rebus dgn air     terlalu banyak / terlalu lama...

Boleh dihidangkan bersama kopi panas untuk sarapan pagi / minum petang seisi keluarga.
Selamat Mencuba..!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan